Satu aktiviti tanpa skrin, setiap hari.
Untuk ibu bapa anak 2–6 tahun yang nak kurangkan skrin tapi tak sempat fikir nak buat apa. Guna barang yang dah ada di rumah — beras, penyepit baju, congkak — dipetakan ikut domain perkembangan anak, plus salinan rekod kesihatan anak dalam satu tempat.
Ibu bapa nak anak kurang skrin — tapi tak tahu nak ganti dengan apa
Lepas kerja, tenaga dan idea dah habis. Skrin jadi jalan mudah, bukan kerana ibu bapa tak kisah, tapi kerana merancang aktiviti berkualiti setiap hari itu penat.
Satu aktiviti, bukan senarai panjang
Tak payah scroll ratusan idea. Setiap hari, satu cadangan sahaja — 10–20 minit, ikut umur anak.
Barang yang dah ada di rumah
Beras, penyepit baju, tudung periuk, congkak. Tiada bahan mahal atau kelas berbayar.
Dijejak ikut domain perkembangan
Bahasa, motor halus, motor kasar, logik dan sosioemosi — nampak domain mana kurang perhatian.
Cara ia berfungsi
Buka “Aktiviti Hari Ini”
Papan pemuka cadangkan satu aktiviti dengan ilustrasi, bahan dan langkah bergambar.
Buat bersama anak, tandakan selesai
Selepas siap, tanda “Selesai” — rekod disimpan dalam akaun anda, boleh diakses dari mana-mana peranti.
Mula percuma hari ini
Daftar, tambah profil anak, dan dapatkan aktiviti harian pertama dalam masa kurang seminit.
Daftar Percuma